Saturday 7 July 2012

Antara Impian Dan Cita-cita..



Kebanyakan orang ingin berjaya untuk mencapai cita-cita. Sebagai contoh ingin menjadi doktor, arkitek dan lain-lain. Ada pula yang ingin berjaya untuk mencapai impian, seperti ingin memiliki rumah yang besar, kereta dan sebagainya. Namun begitu, matlamatnya tetap sama iaitu ingin berjaya. Dalam kehidupan, semua orang ingin berjaya. Kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha. Berusahalah untuk mencapai kejayaan kerana harga sesebuah kejayaan tidak dapat digambarkan dengan apa-apa.

Walaubagaimanapun, adakah impian dan cita-cita sahaja yang ingin dicapai?? Berbaloikah itu semua??

       Kita sering disuap dengan kejayaan dunia sejak dari kecil, tetapi kita terlepas pandang tentang kejayaan di akhirat. Adakah kejayaan di dunia dapat dibawa untuk akhirat kelak?? Kita sepatutnya mengimbangi usaha kita antara dunia dan akhirat. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan kejayaan yang paling besar untuk kita. Carilah keredhaanNya kerana setiap perbuatan dan perlakuan kita adalah kerana Allah S.W.T.

       Kita diibaratkan hanya sekecil zarah sahaja berbanding dengan kekuasaan Allah S.W.T. Bersamalah kita mencari keredhaanNya, selain mengejar kejayaan di dunia. Janganlah biarkan diri kita sesat di bawa arus dunia. Sekadar renungan untuk diri ini...

No comments:

Post a Comment